 |
|
Sejarah Kami |
|
|
Pada awal abad ke-20, ribuan petani mula mengusahakan penanaman ginseng. Semasa Perang Dunia Kedua, Fromm Brothers yang berasal dari kawasan Hamburg di Wisconsin menjadi petani Ginseng Amerika generasi pertama. Semenjak itu, kawasan tengah Wisconsin muncul sebagai pusat perdagangan Ginseng Amerika yang utama. Sehingga kini, penanaman Ginseng Amerika di Wisconsin telah berlangsung lebih daripada 100 tahun. Pada masa kini, hasil Ginseng America dari Wisconsin menyumbang kira-kira 95% daripada jumlah pengeluaran ginseng di Amerika Syarikat, sebahagian besar daripadanya dieksport ke China dan Hong Kong. |
 |
|
Misi Kami |
|
|
Tugas utama kami adalah untuk memperkenal, mempromosi dan menjual Ginseng Amerika dari Wisconsin melalui media dan pelbagai saluran. Selain itu, kami juga bertanggungjawab untuk menyusun semula pasaran dan melindungi hak harta intelek serta cap dagangan rasmi Ginseng Board of Wisconsin (GBW) |
 |
|
Matlamat Kami |
|
|
Melalui pendidikan dan penyelidikan yang berterusan, kami komited mengembangkan pasaran dalam dan luar negara di samping meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Tambahan pula, kami turut memperkukuhkan industri Ginseng Amerika dari Wisconsin dan pembangunan mampan ekonomi pertanian yang berkaitan.
|
 |
|
Cap Identiti Kami |
 |
|
Ginseng Board of Wisconsin (GBW) adalah pengasas dan pemilik cap dagangan rasmi Ginseng Amerika dari Wisconsin. Sejak tahun 1991, cap dagangan rasmi yang dipunyai GBW ini bertujuan untuk melindungi ginseng asli Wisconsin. Bagi memudahkan pembeli Ginseng Amerika, cap dagangan rasmi Ginseng Amerika ini membantu dan membolehkan mereka untuk mengenal pasti keaslian Ginseng Amerika. Produk yang dilengkapi dengan cap dagangan rasmi ini menunjukkan bahawa ia adalah 100% Ginseng Amerika yang ditanam, tumbuh, dan dituai di Wisconsin.
|
|