|
|
![]() |
Mengapa Memilih Ginseng Amerika? | |
![]() |
||
Ginseng Amerika (Panax quinquefolius) adalah tumbuhan dan herba asli yang ditumbuhkan di Wisconsin. Pada abad ke-19, komuniti pribumi di kawasan ini mula menemui dan menuai ginseng liar di dalam hutan. Wisconsin terletak di utara-tengah Amerika Syarikat, cuacanya boleh dikatakan agak sejuk. Ia memiliki musim panas yang nyaman dan menyegarkan, banjaran gunung yang beralun serta hutan asli dan tanah subur yang kaya dengan mineral. Semua faktor ini menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk penanaman dan penghasilan Ginseng Amerika yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. Para petani Ginseng Amerika di Wisconsin mempunyai pengalaman yang diwarisi secara turun-temurun lebih daripada seratus tahun. Mereka sentiasa berpegang teguh pada prinsip hanya memilih tanah yang belum pernah dicucuk ataupun dipakai guna oleh penanaman lain. Hal demikian penting dalam memastikan Ginseng Amerika yang ditanam mampu menyerap sepenuhnya nutrien dari tanah tersebut supaya hasil tuaiannya berkualiti unggul. Berbanding dengan yang lain, Ginseng Amerika dari Wisconsin mempunyai “Ginsenosides” (kandungan aktif dalam Ginseng) lebih tinggi berbanding dengan ginseng yang ditanam di luar Amerika Syarikat. Oleh itu, ia sememangnya layak digelar sebagai Ginseng Amerika yang "tulen dan berkualiti premium". |
||
![]() |
Cara Memilih Ginseng Amerika | |
![]() |
Untuk memudahkan pembeli membuat pilihan, Ginseng Amerika dari Wisconsin dikategorikan melalui sistem penggredan termasuk akar utama, akar cabang dan akar halus. Secara umumnya, terdapat empat gred seperti berikut: | |
![]() |
||
Keempat-empat gred ini telah diperakui dan mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian Amerika Syarikat.. Gred tertinggi Ginseng Amerika dari Wisconsin: mempunyai akar utama yang pendek, besar, dan tebal atau dikenali sebagai “Butir Besar” Ia memiliki tekstur yang padat, lipatan permukaan yang cantik, serta warna kuning keemasan. Ginseng Amerika dalam gred ini bernilai tinggi dan merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan hadiah kepada keluarga dan rakan-rakan. Gred sederhana dan gred standard Ginseng Amerika dari Wisconsin: biasanya diproses unuk dijadikan kepingan, kapsul, serbuk atau bijian teh ginseng. Bahagian akar cabang dan akar halus Ginseng Amerika dari Wisconsin: diproses untuk dijadikan kapsul, serbuk atau pil ginseng. Dari segi kandungan “Ginsenosides’, perbezaan antara setiap gred adalah tidak ketara. “Butir Besar” paling digemari oleh pengguna. Proses pemilihan yang rumit danmemakan masa menjadikannya lebih berharga. |