Utama Tentang Kami Tentang Ginseng Amerika dari Wisconsin Memilih Ginseng Amerika Membeli Ginseng Amerika Kajian Klinikal Pusat Berita dan Hubungi Kami
 
Kenali Ginseng Amerika dan Ginseng Asia  
Ginseng Amerika, ataupun nama saintifiknya Panax Quinquefolius, banyak ditemui di Amerika Utara. Ia merupakan herba yang bersifat neutral dan mampu membuang haba dalam badan, menyejukkan tubuh dan menenangkan pemikiran.
Ginseng Asia atau Panax ginseng adalah sejenis ginseng merah yang biasanya ditemui di Gunung Changbai di Timur Laut Tanah Besar Negara China. Akar ginseng ini berwarna merah dengan akar utamanya lebih berisi, dan ia merupakan ramuan utama dalam perubatan tradisional cina yang dipercayai mampu membuang angin, meningkatkan stamina, serta memanaskan tubuh badan.
 
Konsep “Ying” dan “Yang” dalam Penjagaan Kesihatan Tubuh  
Falsafah cina menetapkan bahawa alam semesta ini terdiri daripaada dua elemen utama iaitu “Ying” dan “Yang”. Kedua-dua elemen ini sentiasa melengkapi satu sama lain demi mencapai keseimbangan. Maka, teori asas penjagaan kesihatan tubuh badan menyerupai konsep mengekalkan keseimbangan “Ying” dan “Yang” dalam kehidupan.
Ginseng Amerika dan Ginseng Asia diibaratkan sebagai elemen “Ying” dan “Yang” yang menjadi pelengkap antara satu sama kain. Ginseng Amerika mewakili elemen “Ying” dalam tubuh badan, kerana mampu membuangkan haba, manakala Ginseng Asia pila mewakili elemen “Yang” yang berfungsi untuk memanaskan badan kita. Walaupun mempunyai fungsi berbeza yang ketara, namun adalah tidak adil untuk melabelkannya baik atau buruk kerana perbezaan ini menyediakan pilihan yang berlainan untuk keperluan kesihatan tubuh yang berbeza.