Ginseng Amerika Asli Dari Wisconsin, Amerika Syarikat |
Ginseng Amerika dengan nama saintifiknya Panax Quinquefolius merupakan sejenis herba yang terkenal dengan nilai khasiat yang tinggi. Di negara China, Ginseng Amerika dari Wisconsin diiktiraf sebagai herba perubatan yang berkualiti tinggi oleh para pengamal perubatan tradisional. Hal ini kerana Wisconsin mempunyai iklim yang ideal serta tanah yang kaya dengan pelbagai mineral untuk penumbuhan Amerika Ginseng yang unggul kualitinya. Kandungan aktif dalam Ginseng Amerika yakni “Ginsenosides” jauh lebih tinggi berbanding dengan ginseng dari kawasan yang lain, justeru menyebabkan Ginseng Amerika mempunyai rasa yang cukup unik iaitu pahit pada awalnya kemudian bertukar menjadi manis. Ginseng Amerika merupakan produk kesihatan yang sesuai buat semua peringkat umur, boleh dinikmati bila-bila masa sepanjang tahun. Ginseng Amerika dari Wisconsin mampu memberi manfaat kepada kesihatan badan dalam meningkatkan daya tahan tubuh, memperkuatkan daya ingatan serta mengekalkan keseimbangan fizikal dan mental kita. |
|
 |