|
|
Ginseng Wisconsin Menyerlah di FHA Singapura 2025
发布日期:2025-06-23 |
Kejayaan Pameran Makanan dan Hotel Asia (FHA) 2025 edisi ke-47 sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dan menjadi pencetus (trendsetter) dalam sektor makanan dan hospitaliti di Asia. Berlangsung dari 8 hingga 11 April, pameran ini telah mendominasi enam dewan besar Singapura Expo seluas 60,000 meter persegi, dan mentransformasikannya kepada syurga makanan. Pameran ini berjaya menarik 65,000 pengunjung serta lebih 1,500 pempamer dari seluruh pelosok dunia. Keadaan ini turut menjadikan FHA bukan sekadar pameran, malah satu pusat pertemuan untuk industri inovasi dan kecemerlangan kulinari.
Pameran FHA 2025 turut menerima sokongan padu daripada Wisconsin, Amerika Syarikat. Sepanjang empat hari pameran, reruai Ginseng Wisconsin berjaya menarik lebih daripada 260 pengunjung. Para pengunjung turut diundangkan dengan Wisconsin Ginseng Tea dan Roasted Pear Wisconsin Ginseng Sweet Soup yang mempunyai rasa yang cukup unik. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi dengan wakil pasaran Ginseng Wisconsin. Hal ini turut membantu mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan produk Ginseng Wisconsin dalam industri makanan, segmentasinya serta sumber perolehan. Sebagai peneraju dalam produk herba berkualiti, Ginseng dari Wisconsin telah lama menawan hati pengguna Asia dengan profil rasanya yang unik: pahit yang tawar tetapi kaya dengan nutrisi.
Dalam dewan pameran yang meriah, wakil pasaran Asia Tenggara dari Ginseng Board of Wisconsin giat memperkenalkan Ginseng Wisconsin dan berinteraksi bersama rakan kongsi dan pelanggan berpotensi. Interaksi ini bukan sekadar perbualan santai; ia merupakan perbincangan strategik untuk pengembangan pasaran pada masa hadapan. Kira-kira sebelas buah syarikat daripada pelbagai sektor termasuk industri perubatan tradisional Cina, syarikat perdagangan dan syarikat penjagaan kesihatan telah menunjukkan minat terhadap produk Ginseng Wisconsin. Keadaan ini jelas menunjukkan kepelbagaian penggunaan Ginseng Wisconsin dalam pelbagai industri baik untuk industri makanan mahupun industri penjagaan kesihatan.
Penyertaan dalam pameran FHA 2025 ini menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pemasaran Ginseng Wisconsin di Asia Tenggara. Usaha ini mempunyai dua matlamat utama: untuk memahami lebih lanjut tentang pasaran dinamik Asia Tenggara serta mempromosikan manfaat kesihatan Ginseng Amerika dari Wisconsin. Melalui interaksi secara langsung dengan pengguna serta rakan industri di reruai pameran FHA 2025, pasukan Ginseng Wisconsin berjaya mengumpulkan maklum balas pasaran yang amat berharga. Maklum balas ini akan menjadi panduan bagi jenama Ginseng Wisconsin menyesuaikan diri mengikut kehendak unik pasaran Asia Tenggara, sejajar dengan trend baharu. Hal ini mampu meningkatkan keberkesanan kempen pemasaran pada masa depan. Pameran ini tutup tirai dengan kejayaan baharu, iaitu masa depan yang cerah buat Ginseng Amerika Wisconsin dalam usahanya untuk memperluaskan pengaruh di pasaran Asia Tenggara.
上一篇:无
下一篇:无